Pages

Thursday, December 6, 2012

Diari Cuti Semester 4



CHAPTER 1

Assalamualaikum dan Alhamdulillah akhirnya aku telah menamatkan peperiksaan semester 4 aku sebagai pelajar Politeknik Melaka dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam.. Sebelum aku menduduki peperiksaan ini, aku telah dikhabarkan dengan penyakit abah “Jangkitan Paru-paru”.. Aku xdapat terima kenyataan ini pada awalnya tetapi aku berfikir positif.. SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA..

Aku sentiasa memberi perangsang pada diri sendiri bahawa ABAH BOLEH SEMBUH.. Sebelum peperiksaan bermula, kami sekeluarga perlu menjalani ujian saringan TIBI.. Alhamdulillah mak, kakak n adik aku tiada sebarang jangkitan.. aku bersyukur kehadrat Ilahi. Sementara aku pula mempunyai banyak kekangan semasa menjalani ujian xray..

Semasa aku menjalani peperiksaan, aku hanya memikirkan kesihatan abah.. aku risau sangat-sangat. Sehinggakan aku tidak dapat focus sepenuhnya semasa peperiksaan, apabila aku gagal menjawab setiap soalan yang diajukan, aku menangis lantas menelefon mak lalu meminta maaf kerana tidak dapat menjawab sepenuhnya.. aku juga mengatakan bahawa aku risau akan kesihatan abah dan juga penjagaan abah kerana mak kerja waktu pagi sebagai pembantu tukang masak di kedai makan di kampong kami. Dari situlah duit yang mak hulurkan kepada aku dan kakak untuk keperluan seharian kerana PTPTN dan Yayasan Pelajaran Johor tidak mencukupi pada hujung semester.. Nasib baik sekarang ni cuti sekolah, jadi adikku yang menjaga segala makan minum abah. Yan, aku harap ko buat semua tu dengan ikhlas ye.. PAHALA GANJARANNYA DIK KT AKHIRAT SANA..

Maafkan aku kawan2 kerana menyusahkan korang, tapi MANA ADA MANUSIA YANG TAK AKAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN, LAINLAH KALAU MAYAT KORANG BOLEH BERGOLEK SENDIRI MASUK DALAM LIANG LAHAD NANTI..
*TAKE NOTE

Akhirnya dapat juga aku menjaga abah dan mengorbankan cuti semester aku untuk mencari wang membayar yuran.. ABAH LAGI PENTING.. Adik sayang abah sangat2 dan kami sekeluarga memerlukan abah, kami sebagai anak2 abah belum sempat lagi membalas walaupun sedikit jasa abah sepanjang membesarkan kami..
Tapi cuti aku hanya sementara sahaja, 3 minggu dari sekarang aku akan mendaftar sebagai pelajar semester 5 pula.. Perasaan dihati juga serba salah kerana terpaksa meninggalkan abah untuk sementara waktu.. Abah, kite orang susah, adik dan kakak nak ubah kehidupan family kita.. Alhamdulillah tinggal setahun saja lagi pengajian aku akan tamat.. Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada aku untuk menuntut ilmu. Insyallah aku akan meneruskan ke peringkat seterusnya..

2 comments:

  1. amin sayang. be strong ! mira boleh :) sama sama kita ubah family kita okay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq lin.. :)
      Dengan Izin Allah, kita mampu lakukannya..

      Delete