Pages

Monday, December 30, 2013

TRIP TO SABAH..

FLYING WITHOUT WINGS.....

Kita hanya merancang, tetapi segalanya ditentukan oleh Allah S.W.T. Baru berkhidmat di syarikat aku menjalankan latihan industri, aku telah mengikuti rombongan bersama staf syarikat fly to Negeri Di Bawah Bayu.. Alhamdulillah rezeki ada di mana-mana..


Percutian kami sempena Hari Krismas. Bermula 25 Disember hingga 27 Disember 2013.. Percutian kami memakan masa 3 hari 2 malam. Kami pergi seramai lebih kurang 30 orang.. Kami berkumpul di syarikat pada jam 2 petang untuk menaiki van pergi ke Lapangan Terbang Senai..


Sewaktu menunggu ketibaan kapal terbang, sempat lagi bergambar kenangan bersama staf yang lain..


Perjalanan kami menaiki pesawat Air Asia memakan masa lebih kurang dua jam kerana cuaca tidak mengizinkan kami tiba lebih awal. Setibanya kami di Kota Kinabalu International Airport, pihak pengurusan pakej yang kami ambil telah menunggu kami di sana. Perjalanan kami diteruskan dengan menaiki bas untuk pergi makan malam sebelum check in di Century Hotel. Makanan di sabah lebih kepada makanan yang manis dan berunsurkan makanan laut...


Hari kedua pula kami turun bersarapan di hotel dan pergi ke Kinabalu Park, The Malaysia’s World Heritage. Kami juga telah dibawa untuk melawat Rumah Terbalik. Permandangan dari luar memang sangat awesome. Apabila menjejakkan kaki ke dalam pula memang segalanya serba terbalik.. siap ade belangkas jantan dan betina lagi. Tapi sayangnya xboleh candid pictures kt dalam rumah tu..kami hanya dibenarkan untuk mengambil gambar di luar sahaja.






Selepas itu kami mengharungi perjalanan yang mengambil masa selama dua jam mengharungi kampong, tanaman padi di sepanjang jalan gunung di banjaran Crocker untuk ke Nabalu. Setibanya kami di pekan Nabalu, kami terus menyerbu gerai-gerai yang menjual buah-buahan segar, sayur-sayuran, dan yang paling menarik perhatian kami ialah barangan kraftangan. 





Di pekan itulah aku membelikan buah tangan untuk adik beradik tersayang. Daripada Nabalu itu juga kami boleh melihat Gunung Kinabalu dari jauh.. Tetapi sayangnya sewaktu itu kabus telah menutupi pemandangan.
Selepas memborong beberapa buah tangan, kami terus ke Gunung Kinabalu untuk menikmati kesegaran dan kenikmatan udara segar. Sekiranya cuaca elok, kami sangat beruntung untuk melihat Gunung Kinabalu dengan lebih dekat  dan Alhamdulillah selepas selesai makan tengahari ,pemandangan berubah dan kami dapat melihat panorama ciptaan Nya. 




Selepas itu kami dibawa bersiar-siar ke Poring Hot Spring Tour + Canopy Walk. Waktu malam pula kami makan malam di Perkampungan Nelayan dengan dihidangkan dengan tarian tradisional etnik di sana.




Pada hari ke tiga kami diarahkan untuk keluar check out selepas solat Jumaat. Sebelum keluar check out, kami telah pergi ke Pasar Filipino untuk membeli buah tangan buat yang tersayang. 





Kami di bawa ke Masjid Negeri Sabah untuk menunaikan solat. Selepas itu kami dibawa untuk pergi ke Atkinson Clock Towel.



Kemudian kami di bawa ke kilang pembuatan coklat. Dan seterusnya kami mengakhiri percutian dengan menikmati pemandangan matahari senja di Pantai Tanjung Aru. Berakhirnya menikmati pemandangan di Pantai Tanjung Aru, maka kami akan meninggalkan Negeri Sabah Di Bawah Bayu. Sepanjang di sana, kami berasa sangat gembira.









SELAMAT TINGGAL NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU!!!!!!

Monday, October 7, 2013

EEDAZcollection


EEDAZcollection
Mencari tudung labuh terkini??
Halfmoon Ariana
Halfmoon Teja 2 layer
Lana Twist ( Lapik Dagu )
Marissa
Hoodie Muslimah
Syria Luna
Syria Delisa


Promosi dari 20% hingga 40%

EEDAZcollection juga adalah PENAJA di:

1. TV3 - Penaja selendang program "Wanita Hari Ini"

2. TV9 - Penaja Tudung "Semanis Kurma" - Ustazah Nor Bahyah 2012-2013

3. RTM-JAKIM - Program ADIK ADIK KU 2012



HARGA ASAL RM49

DISKAUN 20%--->RM 39.20







HARGA ASAL RM69


DISKAUN 20%--->RM 55.20












HARGA ASAL RM59


DISKAUN 30%--->RM 41.30













HARGA ASAL RM69


DISKAUN 30%--->RM 48.30

















HARGA ASAL RM79


DISKAUN 30%--->RM 55.30







HARGA ASAL RM59


DISKAUN 40%--->RM 35.40















HARGA ASAL RM69


DISKAUN 40%--->RM 41.40




















HARGA ASAL RM79


DISKAUN 40%--->RM 47.40








HARGA ASAL RM89


DISKAUN 40%--->RM 53.40











BERMINAT SILA PM KOD TUDUNG.. 

Harga pos tidak termasuk harga jualan tudung iaitu RM5 termasuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.