Pages

Wednesday, December 19, 2012

Diari Cuti Semester 4



CHAPTER 2

Assalamualaikum..

Last week mak n abah g klinik dada lg.. doctor ckp abah de progress.. Alhamdulillah ape yg aku dengar berita ni..  tapi selera makan still xde.. hurm, kata doctor kesan penyakit tu.. doctor ade suruh masuk air tapi abah xnak.. biase la orang tua mmg dy cm 2.. dy xnak menyusahkan orang lain.. xpe, it’s ok..

Result aq da nak kua 10 Disember ni.. dupdapdupdap jantung aq.. tapi aq redha setiap keputusan yang keluar, aku da cuba buat yang terbaik.. segalanya aku serahkan pada yang Maha Berkuasa.. 

Minggu2 terakhir kt umah, aku rase bad mood je.. nak marah n mengamuk.. aku xtahu knp.. kepala aku berserabut sangat, aku nak menangis tapi aku xmampu,  aku takot sangat.. aku takot aku xmampu harungi ape yang bakal mendatang nanti.  

Abg Piee ade cakap yang penyakit ni ade injection anti, so nanti aku nak suggest kt pegawai pejabat kesihatan 2 utk inject roommate aku.. akak ade cakap lau orang nak pulanukan kita, JUST DO IT.. ramai lagi kawan2 kt luar sana.. life kite bukan berakhir kt mane kita sekarang andai Allah da mengatur semuanya..

YAYA, INGAT NI..

KAWAN YANG BAIK AKAN SENTIASA BERADA DI SISI KITA DI WAKTU SUSAH DAN SENANG, BUKAN MEMINGGIRKAN KITA DENGAN BERIBU ALASAN..

BIAR HIDUP KITA SUSAH, SEBAB BUKAN MEREKA YANG TANGGUNG MAKAN MINUM KITA DARI KITA DILAHIRKAN..
Jadikan semua ni pegangan hidup.. kau mampu lakukannya.. 

Saturday, December 15, 2012

KAWAN SAHABAT RAKAN TEMAN



Semua tu mempunyai maksud yang sama. Aku nak cerita tentang sorang kawan aku ni. Aku da lme nak sgt kawan dgn dy sejak aku tingkatan 4 ke 5 ek?? Lupe lak aq.. yg pnting aq xtahu knp aku nak sgt kawan dgn dy.. mungkin sbb dy best.. hehehehe~~ :)

Tapi aku lupakan niat aku tu sampai aq menjadi pelajar semester 3 di politeknik Melaka.. aku tak akan lupa tarikh 9 February 2012 tarikh paling bermakna bg aq.. nak thu knp?? Ish, sebok jela..
Dy tegur aku kt MUKA BUKU.. tapi aku layan cm byse je.. mcm kawan2 yg lain gak sbb aq xsangka persahabatan kami hingga ke hari ni..  Thanks MHB..

Cara perkenalan kami agak kelakar kot sbb aku rasa mcm lapuk je carat u.. ad eke dy soh aq kem salam kt sorg hamba Allah ni.. hello bro, aku xkenal dy la.. 

Aku ingatkan perbualan kami hanya disitu sahaja.. aku memberanikan diri memulakan perbualan.. (mmg malu giler aku mase 2) tapi org cakap lau malu xdapat… mse tgh chatting, aku stalker MUKA BUKU dy.. dy da ade mkwe.. xpela, kitekan nak jadi kawan.. 
Mse 2 dy tgh keje, dy ot je sbb nak siapkan keje n dy mintak no fon aq n dy ckp bile sm5 umah nanti dy call aku.. aku tanpa berfikir panjang terus bg no fon aku.. tak lama kmudian dy call aku gthu da sm5 umah n seronok berbual dgn aku n nak jd kawan aku..

Dy kate nak jmp aku, HELLO I’M NOT READY TO MEET YOU AS SOON AS POSSIBLE..
Aku mula menceritakan peristiwa ni kt roommate aku.. bual punya bual rupanya 1 kuarters dgn abang dy..  aku memberanikan diri untk jmp dy tapi dgn berteman, roommate aku pn nak balik rumah abang dy mase 2..

Aku excited xterkira nak jmpa dy, dy pon sme, siap da prepared awal lagi.. so sweet my friend 
Alhamdulillah akhirnya kami jumpa dan dapat berkongsi cerita.. macam2 kenangan kami cipta walau hanya beberapa hari.. Thanks a lot MHB.. aku xbleh over sgt kt blog ni.. huhuhu~~~ biarlah kenangan semua 2 aku semat dalamn diari hidup aku n kamus ingatan aku.. kau la tempat aku meluahkan perasaan..

Aku tahu makwe kau xsuka aq sampai block MUKA BUKU aku dari akaun kau. Xpe, yg pnting kau ada nombor aku.. segala persahabatan kita aku harungi dgn pelbagai ranjau suka duka.. aku xsangka kau akan buat aku mcm ni, aku xsanggup lupakan kau kawan.. maafkan aku sbb da lakukan benda xsepatutnya aku buat, aku kecewa sgt2 dgn kau kawan.. 

Macam yang kau nak, aku cuba lupakan kau tapi susah sbb kau kawan baik aku.. kita TEMAN TAPI MESRA.. setiap kali aku n kau dapt cuti balik kampong, kite mesti hangout, mcm kau cakap, kau xpernah jijik dtg umah aku.. 

Beberapa hari lepas aku senyap dari kau dan kau pon senyap, akhirnya kau mengalah, kau cari aku balik sbb kau xdapat menanggung rindu di hati.. aku pon rindu kau kawan.. dan persahabatan kami bermula kembali sampai saat ni.. kau selalu mengambil berat tentang fmly aku, aku hargai sgt2.. aku xtahu nak balas cm mne, aku Cuma tahu menyusahkan kau saja. Aku meminta kau company aku ke bandar.. tapi kau sentiasa mengosongkan masa kau untuk aku.. kau kawan aku.. 

Aku nak kau bahagia di dunia mahupun diakhirat.. 
Aku xakan lupakan kau.. 

Ingat lagi ayat ni?? Kau selalu bagi kata2 semangat kt aku..

“Mira, jgn ckp mcm 2..xbaek.setiap yg blaku ad hkmhnye.sbr syg..”
“xkn syg.. ___ xkn tgglkn mira..___ nk mira bjye 1 ari nt.mira nk jge mak abh kn nt..”

Aku akan sentiasa menunggu dengan sabar apa yang kau nak perkatakan kt aku sbb kau cakap ianya penting n kau belum bersedia lagi..

Thursday, December 6, 2012

Diari Cuti Semester 4



CHAPTER 1

Assalamualaikum dan Alhamdulillah akhirnya aku telah menamatkan peperiksaan semester 4 aku sebagai pelajar Politeknik Melaka dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam.. Sebelum aku menduduki peperiksaan ini, aku telah dikhabarkan dengan penyakit abah “Jangkitan Paru-paru”.. Aku xdapat terima kenyataan ini pada awalnya tetapi aku berfikir positif.. SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA..

Aku sentiasa memberi perangsang pada diri sendiri bahawa ABAH BOLEH SEMBUH.. Sebelum peperiksaan bermula, kami sekeluarga perlu menjalani ujian saringan TIBI.. Alhamdulillah mak, kakak n adik aku tiada sebarang jangkitan.. aku bersyukur kehadrat Ilahi. Sementara aku pula mempunyai banyak kekangan semasa menjalani ujian xray..

Semasa aku menjalani peperiksaan, aku hanya memikirkan kesihatan abah.. aku risau sangat-sangat. Sehinggakan aku tidak dapat focus sepenuhnya semasa peperiksaan, apabila aku gagal menjawab setiap soalan yang diajukan, aku menangis lantas menelefon mak lalu meminta maaf kerana tidak dapat menjawab sepenuhnya.. aku juga mengatakan bahawa aku risau akan kesihatan abah dan juga penjagaan abah kerana mak kerja waktu pagi sebagai pembantu tukang masak di kedai makan di kampong kami. Dari situlah duit yang mak hulurkan kepada aku dan kakak untuk keperluan seharian kerana PTPTN dan Yayasan Pelajaran Johor tidak mencukupi pada hujung semester.. Nasib baik sekarang ni cuti sekolah, jadi adikku yang menjaga segala makan minum abah. Yan, aku harap ko buat semua tu dengan ikhlas ye.. PAHALA GANJARANNYA DIK KT AKHIRAT SANA..

Maafkan aku kawan2 kerana menyusahkan korang, tapi MANA ADA MANUSIA YANG TAK AKAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN, LAINLAH KALAU MAYAT KORANG BOLEH BERGOLEK SENDIRI MASUK DALAM LIANG LAHAD NANTI..
*TAKE NOTE

Akhirnya dapat juga aku menjaga abah dan mengorbankan cuti semester aku untuk mencari wang membayar yuran.. ABAH LAGI PENTING.. Adik sayang abah sangat2 dan kami sekeluarga memerlukan abah, kami sebagai anak2 abah belum sempat lagi membalas walaupun sedikit jasa abah sepanjang membesarkan kami..
Tapi cuti aku hanya sementara sahaja, 3 minggu dari sekarang aku akan mendaftar sebagai pelajar semester 5 pula.. Perasaan dihati juga serba salah kerana terpaksa meninggalkan abah untuk sementara waktu.. Abah, kite orang susah, adik dan kakak nak ubah kehidupan family kita.. Alhamdulillah tinggal setahun saja lagi pengajian aku akan tamat.. Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada aku untuk menuntut ilmu. Insyallah aku akan meneruskan ke peringkat seterusnya..

Saturday, November 3, 2012

SORRY SANGAT


Assalamualaikum,

bersawang lagi nampaknye blog ni..
sape la tuan kau ni.. kesian nye..

Mane xnya asyik sibuk memanjang je, sampai kerja2 pn byk terbengkalai.. Mana yang sibuk ber'dating'..
huhuhu~~

Dgn sape ek?? huhuhu~~~

"MUHAMMAD NUR SHAKIRIN"

 Sorry awak sebab wat mase ni saya xdpt nak ber'dating' lagi.. Saya bz dgn assignment, test, quiz, presentation n yang paling penting tgh wat preparation utk FINAL EXAM..

POLITEKNIK MELAKA





Friday, August 31, 2012

JIWA MERDEKA




  • Bersemangat kental jati panglima,Burung helang mencari mangsa,Sambutan Merdeka ke lima puluh lima,Janji ditepati itulah slogannya. 
  • Berseri sungguh si dara jelita,Menjadi idaman si anak teruna,Janji ditepati untuk semua,Negara kita satu Malaysia.
  • Terbang tinggi si ayam serama,Sentiasa bergurau dengan kasawari,Tempat bersejarah juga di Melaka,Tumpahnya darah semasa bertempur. 
  • Daun cekur daun pegaga,Digaul bersama ampas kelapa,Jenama Proton Jenama Malaysia,Buatan Malaysia kebanggaan negara. 
  • Biskut raya menjadi pilihan,Untuk menjamu tetamu makan,Sayangkan Malaysia kita berkorban,Jalur Gemilang kita kibarkan. 
  • Hiasan emas cantik di pandang,Sanggup di beli sampai tak makan,Gemilang negara kerana pejuang,Jasanya dikenang sepanjang zaman.
  • Pancaran pelita sungguh indah,Menjadi permainan anak remaja,16 September penuh sejarah,Penyatuan negara satu Malaysia.
  • Bunga api permainan utama,Banyak pilihan tidak tahu yang mana,Putar belit sejarah negara,Ancaman terbesar musuh negara.
  • Enak sungguh sayur labu,Di makan bersama kuah lemak,Jual Malaysia tak kenang jasa,Buta sejarah macam Mat Sabu. 

  • Zaman penjajah zaman penderitaan,Zaman Komunis zaman penyeksaan,Bukit Kepong peristiwa durjana,Polis berkhidmat penuh derita. 
  • Komunis sentiasa bermaharajalela,Tanggal keramat tanggal Merdeka,Bapa kemerdekaan pencetus suasana,Tunku Abdul Rahman itulah gerangannya, 
  • Rusuhan kaum semestinya tak guna,Bangsa bermusuhan ditimpa bala,Tun Razak tampil pembuka jendela,Kaum bersatu itulah kehendaknya.
  • Era globalisasi era moden,Menjadi santapan di mata dunia,Sebagai rakyat janganlah derhaka,Negara berdaulat aman sentiasa.
  • Janji ditepati itulah matlamatnya,Kali Ke 55 negara Merdeka,Alhamdulillah dipanjatkan sebagai doa,Supaya Malaysia terhindar bencana.



Wednesday, August 1, 2012



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta
* awak hafal lgu ni n awak nyanyikan balik kt saya... terharu sgt2.. awk jge diri elok2 taw..

Monday, July 30, 2012

Segalanya Dalam Ingatan

Assalamualaikum.. Ahlan Wasahlan..
Ish3.. bersawang blogger aq ni.. Kecian cz dpt tuan cm sy.. huhuhu~~
"Hidup Memerlukan Perubahan"

Nak dijadikan cerita, aq nk bg story sal BFF a.k.a TEMAN TAPI MESRA aq..
Hidup ni kadangkala ceria, suka, duka silih berganti..
nak dijadikan cerita, aq berkwn rapat ngan mamat ni sungguhpun dy da de makwe.. TAPI...
"PEDULI APE AQ, KORG BKN DE IKATAN YG SAH POWN"


Awal perkenalan kami sgt bahagia n berjalan dgn lancar cam "FERRARI"
Pertemuan pertama kiteowg pn cam xcaye je ianya akan berlaku..
Dy bg aq hadiah ni..
Jeng.. Jeng.. Jeng..


THANKS A LOT DEAR!!! I STILL WEAR IT UNTIL NOW....

Xcukup ngan rantai silver ni.. Dy de bg lg yg lain n aq pn mseh guna smpai saat ni..
Jap ea...
SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN..



Hello Bro!!! saya masih guna taw menatang ni... huhuhu~~~


Awak ingat lagi x lagu kite??
awk menitiskan airmata mase dgo lgu ni..
terharu ke??


SIGMA~ ISTIKHARAH CINTA








Wednesday, February 1, 2012

Amalan Romantik Suami Isteri


Amalan Romantik Suami Isteri

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.

Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”

Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.

Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.

Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.

Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…

Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)

Monday, January 30, 2012

Solat Tiang Agama

Assalamualaikum...
Tujuan aq post bende ni bkn utk perli sesape 2 ape pn.. Aq wat semua ni pn utk diri aq gak.. sm5 bile kite nk leka n alpa je ngan keseronokan duniawi sm5 lupa akan akhirat yg menanti..
Aku ni bkn baik mane pn, tp kita kongsi same2 ye..

Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.

Tapi saya percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.

Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.

Solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.

Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca, izinkan kami berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.

Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.

Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE – Just do it!
4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).

Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a’lam

Wednesday, January 18, 2012

Usia Ku


Assalamualaikum....

Alhamdulillah, akhirnye saat yg ditunggu2 telah menjelang tiba..

nk thu ape??

jeng jeng jeng...



HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!

xsangka lak umo da cecah 20thun..

uikz, da xleh main2 ag mcm sblm ni..

Detik 00.00 am 18/01/2012,

aq tros menggunakan perkhidmatan call free

yg tlh dibrikan dr maxis selama 24 hrs..

syg 2 lau xgne..

bkn slalu dpt pluang cm ni..

Akhirnya, aq menggunakan peluang itu hampir jam menunjukkan kpd pukul 3.00 am..

dpt gak bergayut lame2 tp kdt xjln..

G kelas lak pg td kemain rmy yg wish aq..

tq u'll.. miss u'll so much..

hari2 yg aq lalui pd hari ni berjln dgn lncr kecuali mse kelas Hydraulic..

kepala aq tros sakit bgai nk pecah, nseb bek xjd wat quiz..

kwn aq dgn baik ati urutkn kple aq then g mkn.. sakit pale ni still xilang aq tp aq xnk tgk

kwn2 tertekan tgk mkn aq..

papepn aq tahan je sakit ni..

sm5 skg pn mseh trase ag..

Kelas jam 2-4 pm kelas Quantity Measurement, aq suke subjek ni..

ade gak dak2 drop dlm kelas ni..

Nx dijadikan cerita, xthu r pd kowg lawak @ x, tp bg aq ianya lawak..

Ade sowg mamat ni, kteowg gelar "SIKAT TEPI".....

tym dlm kelas kemain ag dy pkai spec, tp kowg nk thu x??

ade ke dy g tgk kertas owg laen, bknnye tgk kt whiteboard..

pd aq la, aq namekan org cm ni...

huhuhuhu~~~

"BODOH XLEH DIAJAR, PANDAI XLEH DIIKUT"

aq ckp cmni je kwn aq leh gelak..

huhuhuhu~~

ni jela yg aq mampu luahkan sampai saat ni..

t kite smbung lg ye....

Monday, January 16, 2012

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba


Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Andai Masanya Belum Tiba

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.



Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Monday, January 9, 2012

SESUATU YANG BUKAN MUSTAHIL



Andai dapat ku miliki kelmarin,aku ku ubah menjadi esok,yg lebih indah..

Menggelupur hati ini diusik gusiran bayangan semalam,cebisan-cebisannya masih jelas kelihatan di lantai,tetapi,andainya dapat ku milikimu,tak akan ku ubah apa pun kerana kau sudah pun cukup indah di mataku....

Angin-angin kepiluan mengusik tubuhku,tatkala senja hampir melabuhkan tirai malamnya,aku kedinginan tanpa tepat ku beradu..

Masih jelas di ruang mindaku,tak terucap sedihku,tak terbilang titisan air mataku,mana mungkin aku terjatuh sekali lagi?tak percaya akan diriku kini hina dimatanya...keluhan demi keluhan,lahir sayu dari sudut hatiku..