Pages

Saturday, January 18, 2014


BIRTHDAY GIRL!!!!


Assalamualaikum,Ahlan Wasahlan..
Amboi, banyaknya sawang dalam blog ni.. Almaklum la busy kononnya.. Alhamdulillah genap usiaku 22 tahun pada 18 Januari 2014.. Kalau ikot calendar Islam dalam 14 Rejab 1412, kalau tak kesilapan la ye.. first wish from my lovely sister before 12 o’clock.. HAVOC gile kakak aku sorang ni.. 18 Januari 2014 jatuh pada hari Sabtu, macam biase kena menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja.. Sampai je office terus on pc macam biase then bermulalah aktiviti STALKER.. Entah bile tabiat ni nak hilang.. mybe tunggu buang tebiat kot.. lalalalala..

As you’ll know aku ni cukup sensitive even di luar aku Nampak HAVOC.. hati aku bagaikan tersentap.. it’s okay, mungkin ini ujian dari Allah sempena Ulang Tahun Kelahiranku.. aku diamkan dan terus berdiam hingga sahabat ku “cik Bunga” call dan suddenly airmata aku yang bertakung di tubir mata tidak dapat ku tahan da terus merembes semahu-mahunya.. Cik Bunga terkejut dan merancang agar kami hangout supaya aku dapat mereleasekan tension dan stress..



Aku bukan keluar dengan cik Bunga untuk celebrate birthday aku.. aku kalau boleh tak nak celebrate pun. Malas nak ingat peristiwa di siang hari. Kami meronda-ronda, lebih kurang mengukur jalan la.. Setelah penat berjalan , aku ajak balik sebab tak nak dia lewat sampai rumah pulak even Sungai Kluang je.
Sampai je rumah aku bagi salam dan masuk.. Abah tiba-tiba muncul dan make a wish for me.. time tu aku nak nangis sangat-sangat tapi aku tahan sebab aku tahu abah dengan kudratnya cuba melafazkan kata-kata untuk aku.. Aku tak nak ada insan lain yang menangis.. Abah cakap tak mampu nak bagi kebendaan.. Adik tak kesah abah.. Abah cakap abah Cuma mampu doakan kesejahteraan aku dan mencapai impian hidup aku.. Abah, adik tak mintak hadiah kebendaan dari abah dan mak.. Adik Cuma minta doa dan restu je dan adik nak ucap terima kasih kerana telah membesarkan adik selama 22 tahun ni.. Segala jasa mak dan abah tak mampu adik balas walau dengan segunung emas dan intan berlian. Adik bersyukur hidup dalam keluarga yang KAYA dengan KASIH SAYANG. 
Sedang aku berjimba-jimba sebab akak sedara aku tak balik lagi, tiba-tiba dengar bunyi enjin kereta. Masuk rumah je abang sedara aku da mula nyanyi lagu Hari Lahir. Hehehehe.. Tak lama lepas tu akak aku balik kerja. Pelik jugak aku sebab setahu aku dia balik malam.. sedang aku duduk-duduk melayari laman social, datang la sebiji kek dan iringan lagu Selamat Hari Jadi. Makin la aku nak banjir!!!! Aku tetap tahan, tak nak la menangis depan mereka-mereka.. ni dia kek ulang tahun kelahiran aku.



Kenapa kek ni nama Yaya?? Sebab nama panggilan untuk family..



Amboi, menaip ape tu?? Bile nak potong??


Tiba masanya sesi memotong kek.. 

Ingat!!! Aku tak mengharap pun semua ni.. Apapun terima kasih aku tujukan kepada Abah, Mak, kakak, Yan, Abg Rahman, Kak Not, Jaja & Fifi sebab buat surprise di saat aku dalam kesedihan..  



No comments:

Post a Comment