CHAPTER 1
Assalamualaikum dan Alhamdulillah akhirnya aku telah
menamatkan peperiksaan semester 4 aku sebagai pelajar Politeknik Melaka dalam
bidang Diploma Kejuruteraan Awam.. Sebelum aku menduduki peperiksaan ini, aku
telah dikhabarkan dengan penyakit abah “Jangkitan Paru-paru”.. Aku xdapat
terima kenyataan ini pada awalnya tetapi aku berfikir positif.. SETIAP YANG
BERLAKU ADA HIKMAHNYA..
Aku sentiasa memberi perangsang pada diri sendiri bahawa
ABAH BOLEH SEMBUH.. Sebelum peperiksaan bermula, kami sekeluarga perlu
menjalani ujian saringan TIBI.. Alhamdulillah mak, kakak n adik aku tiada
sebarang jangkitan.. aku bersyukur kehadrat Ilahi. Sementara aku pula mempunyai
banyak kekangan semasa menjalani ujian xray..
Semasa aku menjalani peperiksaan, aku hanya memikirkan
kesihatan abah.. aku risau sangat-sangat. Sehinggakan aku tidak dapat focus
sepenuhnya semasa peperiksaan, apabila aku gagal menjawab setiap soalan yang
diajukan, aku menangis lantas menelefon mak lalu meminta maaf kerana tidak
dapat menjawab sepenuhnya.. aku juga mengatakan bahawa aku risau akan kesihatan
abah dan juga penjagaan abah kerana mak kerja waktu pagi sebagai pembantu
tukang masak di kedai makan di kampong kami. Dari situlah duit yang mak
hulurkan kepada aku dan kakak untuk keperluan seharian kerana PTPTN dan Yayasan
Pelajaran Johor tidak mencukupi pada hujung semester.. Nasib baik sekarang ni
cuti sekolah, jadi adikku yang menjaga segala makan minum abah. Yan, aku harap
ko buat semua tu dengan ikhlas ye.. PAHALA GANJARANNYA DIK KT AKHIRAT SANA..
Maafkan aku kawan2 kerana menyusahkan korang, tapi MANA ADA
MANUSIA YANG TAK AKAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN, LAINLAH KALAU MAYAT KORANG BOLEH
BERGOLEK SENDIRI MASUK DALAM LIANG LAHAD NANTI..
*TAKE NOTE
Akhirnya dapat juga aku menjaga abah dan mengorbankan cuti semester aku untuk mencari wang membayar yuran.. ABAH LAGI PENTING.. Adik sayang abah sangat2 dan kami sekeluarga memerlukan abah, kami sebagai anak2 abah belum sempat lagi membalas walaupun sedikit jasa abah sepanjang membesarkan kami..
*TAKE NOTE
Akhirnya dapat juga aku menjaga abah dan mengorbankan cuti semester aku untuk mencari wang membayar yuran.. ABAH LAGI PENTING.. Adik sayang abah sangat2 dan kami sekeluarga memerlukan abah, kami sebagai anak2 abah belum sempat lagi membalas walaupun sedikit jasa abah sepanjang membesarkan kami..
Tapi cuti aku hanya sementara sahaja, 3 minggu dari sekarang
aku akan mendaftar sebagai pelajar semester 5 pula.. Perasaan dihati juga serba
salah kerana terpaksa meninggalkan abah untuk sementara waktu.. Abah, kite
orang susah, adik dan kakak nak ubah kehidupan family kita.. Alhamdulillah
tinggal setahun saja lagi pengajian aku akan tamat.. Aku bersyukur kehadrat
Ilahi kerana memberi peluang kepada aku untuk menuntut ilmu. Insyallah aku akan
meneruskan ke peringkat seterusnya..
amin sayang. be strong ! mira boleh :) sama sama kita ubah family kita okay?
ReplyDeletetq lin.. :)
DeleteDengan Izin Allah, kita mampu lakukannya..