Pages

Friday, August 31, 2012

JIWA MERDEKA




  • Bersemangat kental jati panglima,Burung helang mencari mangsa,Sambutan Merdeka ke lima puluh lima,Janji ditepati itulah slogannya. 
  • Berseri sungguh si dara jelita,Menjadi idaman si anak teruna,Janji ditepati untuk semua,Negara kita satu Malaysia.
  • Terbang tinggi si ayam serama,Sentiasa bergurau dengan kasawari,Tempat bersejarah juga di Melaka,Tumpahnya darah semasa bertempur. 
  • Daun cekur daun pegaga,Digaul bersama ampas kelapa,Jenama Proton Jenama Malaysia,Buatan Malaysia kebanggaan negara. 
  • Biskut raya menjadi pilihan,Untuk menjamu tetamu makan,Sayangkan Malaysia kita berkorban,Jalur Gemilang kita kibarkan. 
  • Hiasan emas cantik di pandang,Sanggup di beli sampai tak makan,Gemilang negara kerana pejuang,Jasanya dikenang sepanjang zaman.
  • Pancaran pelita sungguh indah,Menjadi permainan anak remaja,16 September penuh sejarah,Penyatuan negara satu Malaysia.
  • Bunga api permainan utama,Banyak pilihan tidak tahu yang mana,Putar belit sejarah negara,Ancaman terbesar musuh negara.
  • Enak sungguh sayur labu,Di makan bersama kuah lemak,Jual Malaysia tak kenang jasa,Buta sejarah macam Mat Sabu. 

  • Zaman penjajah zaman penderitaan,Zaman Komunis zaman penyeksaan,Bukit Kepong peristiwa durjana,Polis berkhidmat penuh derita. 
  • Komunis sentiasa bermaharajalela,Tanggal keramat tanggal Merdeka,Bapa kemerdekaan pencetus suasana,Tunku Abdul Rahman itulah gerangannya, 
  • Rusuhan kaum semestinya tak guna,Bangsa bermusuhan ditimpa bala,Tun Razak tampil pembuka jendela,Kaum bersatu itulah kehendaknya.
  • Era globalisasi era moden,Menjadi santapan di mata dunia,Sebagai rakyat janganlah derhaka,Negara berdaulat aman sentiasa.
  • Janji ditepati itulah matlamatnya,Kali Ke 55 negara Merdeka,Alhamdulillah dipanjatkan sebagai doa,Supaya Malaysia terhindar bencana.



No comments:

Post a Comment